07 April 2012

Taklimat PPA

Kedatangan tiga orang pegawai PPA wakil dari BPTV telah membuat lawatan ke seluruh pelusuk persekitaran sekolah bagi memberi gambaran, idea dan pendapat yang perlu dilakasanakan lagi bagi mencapai pensijilan 5S. Warga sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pegawai-pegawai ini dalam berkongsi pengalaman beliau dalam sesi lawatan ini. Banyak penambahbaikan dapat dilakukan dan teguran membina dapat dijadikan garis panduan dan memudahkan warga sekolah untuk menjalankan proses 5S yang seterusnya.

Penyimpanan Laci & Almari




Disini ada beberapa contoh dan idea yang boleh kita contohi dan memberi panduan kita supaya boleh dipraktikkan di tempat PIC kita.

Penanda Buku

JK Promosi telah mengadakan satu lagi aktiviti bagi melahirkan kesedaran dan kepentingan 5S dikalangan pelajar adalah dengan memberi penanda buku 5S. Setiap pelajar akan diberikan satu seorang penanda buku dan pelajar tersebut akan membaca isi yang terkandung pada penanda buku itu. Penanda buku ini boleh digunakan untuk membuat penanda buku dan digantung pada bekas alat tulis atau buku. Dengan adanya penanda buku ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada pelajar kepentingan 5S kepada pelajar dan persekitaran sekolah.


Augerah Inovasi

Tahniah diucapkan kepada semua guru yang telah berusaha mencetuskan idea dan inovasi yang bagus bagi melahirkan persekitaran yang kondusif. Anugerah Inovasi ini diberikan kepada guru-guru yang dapat menghasilkan satu alat @ barang daripada kitar semula.Rak modul pelajar

Simpanan baju keselamatan

Simpanan bikar & Tabung uji

Almari pakaian pelajar

Rak 9 kepada 18 Untuk sumpanan kertas peperiksaan

Simpanan alat tangan

Simpanan Barang (multimeter)

Simpanan Kertas & Sijil


Rak beroda untuk simpanan CD & Ink


28 February 2012

Apa Itu 5S?

SEIRI - SISIH

Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.

SEITON - SUSUN

Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.
Tempat untuk semua dan semua di tempatnya.

SEISO - SAPU

Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.

SEIKETSU - SERAGAM

Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.

SHITSUKE - SENTIASA AMAL

Melatih warga sekolah mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.